Monday, September 26, 2011

Kanak-kanak Perempuan

Kanak-kanak perempuan
Senyumanmu bak mekarnya bunga
Seolah tiada bahasa duka
Yang menghiasi kamar minda
Riak suci pada wajahnya
Diamlah dalam dakapan bonda

Kanak-kanak perempuan
Dikaulah permata ayah dan bonda
Menambah seri persis purnama
Membalik cahaya dilaut gelora
Penenang jiwa yang lara berduka

Kanak-kanak perempuan
Moga gemerlapmu tiada pudarnya
Seutuh waja pada agama
Selembut sutera didalam keluarga
Ku pohon pada Yang Khalik akan rahmatNya
Moga dikau menjadi kekasihNya

Kanak-kanak perempuan
Dengarlah pesan ibu dan bapa
Al-Quran dan Sunnah jangan dilupa
Tetapkanlah Rasul dilubuk jiwa
Peganglah agama dengan seeratnya
Sehingga kamu pulang padaNya

Kanak-kanak perempuan
Tiada bait tiada kata
Untuk ku ucap sebagai bicara
Hanya mampu kutitipkan sebingkis doa
Moga rahmatNya terus bersama
Buatmu yang indah bak Thulip dan purnama

Tuesday, September 13, 2011

Dihujung Garisan Itu

Dihujung garisan itu
Terdiam aku termanggu
Merintih didalam sendu
Mengharap sedikit belasMu

Dihujung garisan itu
Terdengar alunan kitab berlagu
Mungkin dari seorang Ibu
Atau dari para tamu
Yang hadir diruang waktu

Dihujung garisan itu
Tiada guna harta beribu
Yang ku kejar masa hidupku
Melainkan Kasih sayangMu
Dan keredhaanMu

Dihujung garisan itu
Aku pasrah padaMu
Kerana aku adalah hambaMu

Saturday, September 10, 2011

Warna Warna Dunia

Warna dunia yang pelbagai
Mencipta satu keindahan
Dan kita tenggelam dalam kenikmatan
Kesempurnaan ciptaan
Yang Maha Kuasa

Warna dunia yang pelbagai
Penuh dengan warna kegirangan
Juga kebahagiaan
Namun juga warna penderitaan

Hitam putih dan kelabu
suatu warna kehidupan
bagi sisi yang gelap

Merah biru hijau kuning
Lambang penantian
Dari sisi yang derita

Warna dunia yang pelbagai
Terpulang kita memandang
sudut mana ia mendatang

Tuesday, June 28, 2011

Senyum Dan Tangis Bidadari

Senyumlah
Wahai bidadari
Kerna wajahmu
Terlalu indah
Untuk kesan setitis airmata

Senyumlah
Wahai bidadari
Kerna seulas senyummu
Membahagiakan ku

Menangislah
Wahai bidadari
Kerna ingatan
Pada kealpaan
Kepada Penciptamu

Menangislah
Wahai bidadari
Kerna takut
Pada azab
Tuan Empunya Alam

Senyumlah
Wahai bidadari
Kerna kamu cukup indah

Menangislah
Wahai bidadari
Kerna kamu sekadar hamba-Nya.

Wednesday, June 22, 2011

Sutera Itu

Sutera itu
Halus dipegang
Haram disarung
Untukku

Sutera itu
Cantik dipandang
Indah ditatap
Namun nilainya
Tak mampu ku gapai

Sutera itu
Ingin hati memiliki
Segenap usaha
Sedaya kudrat
Sehabis fikiran

Kepada Yang Khalik
Aku memohon
Kepada Yang Agung
Aku menadah
Kepada Yang Punya Alam
Aku bersujud
Kepada Ya Rahman Ya Rahim
Aku berserah

Moga sutera itu
Indah selalu
Moga sutera itu
Lembut melambai
Moga sutera itu
Disampingku.

Monday, September 6, 2010

Salji Putih

Bermusim masa yang terbuang
Tercicir di simpang jalan
Diajak damai jalan seiring
Biar selamanya

Biar dalam lautan kasih
Ku selam kedasar ini
Banyak lagi perlu dilihat
Dimanakah kita

Salji putih
Yang menyelubung
Dingin kurasakan
sepertimana malam
Dan ada sinar
Bulan terang

Api yang membakar
Disirami peluh percintaan
Dan bara yang tertinggal itu
Sudah biasa

Pada keratan malam
Ingin kuceritakan
Kedamaian dunia yang
Amat tenang

Pada ringkasan malam
Kita terjatuh dilubuk
Yang penuh dengan lumpur
Kejahilan

Pada setiap malam
Ku rindu untuk bersama
Menikmati kenanganmu

Seorang Aku

Aku bersyukur
Apa adanya aku
Syukurku hanya untukMU
Yang Maha Satu

Yang kelam itu jiwaku
Disirami salju kasehMU
Aku tunduk membisu
Membatu
Ampuni segala dosa-dosaku

Jiwa yang kontang itu
Milik seorang aku
Jauh dari chentaMU
Pohon disuburkan pintaku
Dengan Chenta dan KasehMU
Yang tiada sempadan waktu

Seorang itu aku
Sujud itu tetap milikMU