Sunday, December 4, 2011

Senyuman Yang Pergi

Ku mula coretan dengan Bismillah
Kerana ku hanya insan yang lemah
Yang sering alpa silap dan salah
Dalam hayunan kaki melangkah

Kita sering melupakan
Pada segarit senyuman
Yang sering labuh dalam kehidupan
Kerna sangkaan ia kekalan
Sepanjang musim sepanjang zaman

Jagalah ia dengan jiwa
Hargai ia semasa hidupnya
Peganglah ia seeratnya
Kerana kita mungkin kehilangannya
Punca dari khilaf dan kata

Tiba masa ia hilang
Kita mencari bak legar helang
Sedang ia sudah berangkat pulang
Tinggal kita sendiri dan usang.

No comments:

Post a Comment