Kita pernah berpimpin tangan
Bersama mengejar langit senja
Menatap wajahmu dibias mega
Bersama seulas senyum
Yang tak pernah lekang
Dari tempatnya
Kita selalu bercanda gurau
Tentang sesuatu dan tentang apa saja
Ku impikan saat itu terbeku
Biar di sana selamanya
Kita selalu bergaduh
Bermasam muka dan bertekak
Kadang untuk sesuatu yang bukan apa-apa
Namun kita tetap bertaut
Kerna itulah rencah permainan ini.
Kita mencipta pelbagai saat
Yang kekal disitu
Bersama pelbagai emosi
Mencipta kenangan yang tak mampu
Lagi untuk dibilang satu persatu.
Namun hidup tetap hidup
Sampai masanya ia pasti mencair
Walau apa pun kata & janji
Mana mungkin mampu kita tepati
Kerna kita cuma manusia
Yang sering alpa pada diri.
Tuesday, April 9, 2013
Sunday, August 26, 2012
Langkah Kembara
Engkau merentas dunia
Mencari makna sebuah kehidupan
Temukah kau akan ertinya
Moga tak tersesat di jalanan
Dimana pengujungnya
Kembaramu
Terbanglah ke awan
Rentaslah hamparan
Temukan erti
Kehidupan
Biarkan berlalu
Mendung yang kelabu
Tabahkanlah hati
Dan langkahmu
Mencari makna sebuah kehidupan
Temukah kau akan ertinya
Moga tak tersesat di jalanan
Dimana pengujungnya
Kembaramu
Terbanglah ke awan
Rentaslah hamparan
Temukan erti
Kehidupan
Biarkan berlalu
Mendung yang kelabu
Tabahkanlah hati
Dan langkahmu
Thursday, July 5, 2012
Ku Lepaskan
Di titian ini
Dahulu bertapak impian
Namun ternyata jejak ini rapuh
Terduduk di permulaan
Sakit yang terasa
Bersama luka yang berdarah
Kini tinggal hanya parutnya
Biarlah
Biar saja parut ini kekal
Kerna dengannya aku mengerti
Manisnya saat itu
Pahitnya kenangan ini
Segarit senyuman
Tiada lagi erti untukku
Ia telah pergi
Ku lepaskan ia pergi
Terima Kasih
Kerna pernah singgah di bibirku
Biar untuk seketika cuma.
***Sebuah sajak lama. Lupa dan hilang ingatan***
Dahulu bertapak impian
Namun ternyata jejak ini rapuh
Terduduk di permulaan
Sakit yang terasa
Bersama luka yang berdarah
Kini tinggal hanya parutnya
Biarlah
Biar saja parut ini kekal
Kerna dengannya aku mengerti
Manisnya saat itu
Pahitnya kenangan ini
Segarit senyuman
Tiada lagi erti untukku
Ia telah pergi
Ku lepaskan ia pergi
Terima Kasih
Kerna pernah singgah di bibirku
Biar untuk seketika cuma.
***Sebuah sajak lama. Lupa dan hilang ingatan***
Tuesday, February 21, 2012
Ya Allah
Ya Allah
Sungguh aku hambaMu
Yang seringkali lalai
Yang seringkali derhaka
Ampunkanlah segala dosa-dosaku
Janganlah Kau hukumku dengan hukumanMu yang berat
Kerna aku tak mampu menanggung
Benar
Aku makin lelah
Menanggung dosa.
Ya Allah
Engkaulah Yang Maha Pengasih
Engkaulah Yang Maha Penyayang
Ku kalamkan seruku padaMU
Sembuhkanlah jiwaku dengan redhaMU
Balutlah lukaku dengan kasihMU
Biar tenang segala.
Ya Rahman Ya Rahim
Rahmatilah mereka
Berkatilah mereka
Permudahkanlah urusan mereka
Ya Allah
Engkaulah Yang Maha Agung
Kembalikanlah aku padaMU
Dalam redhaMU.
Wednesday, February 8, 2012
Mushaf Untuk Dia Yang Kugelar Ratna
Bismillahirahmanirahim
Dia yang kugelar Ratna
Hadirnya kerana rahmatNYA
Sungguh, dia cukup istimewa
Tiada terganti walau bersilih nyawa
Hatinya selalu berdetak namaMU
Bibirnya basah dengan sifatMU
Akhlaknya terpuji selayak kekasihMU
Sampai masa cinta jadi taruhan
Sang Ratu jadi impian.
Sunday, January 29, 2012
KernaNya
Mengapa titis tangis
Tika bibir menguntum senyum
Mengapa pedih jiwa
Tika tawa bercanda
Kurawat duka ini
Dengan kalimah terpahat
Kujahit luka ini
Dengan kasih sayangNya
Duka, tangis dan tawa
Itulah tanda kasihNya padaku
Biar saja
Kerana aku adalah hambaNya
Kerna cintaNya aku hidup
Kerna kasihNya aku bernafas!!
Friday, December 23, 2011
Buat Teman
Ku akui penat sering bertamu
Namun aku tetap disini
Biar saja begini
Mungkin takdir ia begini
Mungkin latar berbeza
Jadi sebab langkah tak sekata
Bagitu jua jejak khulafa yg lima
Tidak sekata namun berpayung Allah Yang Esa
Pohonlah padaNya Yang Maha Hidup
Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang
Moga hatimu lembut pada tempatnya
Keras pada sebabnya
Terima kasih hanya ucap pada yang asing
Sedang aku hanya hambaNya
Selayaknya aku
Moga dikau diselimut rahmatNya
Sampai masa dijemput pulang.
*Untuk Balasan sebuah sajak yang diterima
Thursday, December 15, 2011
Cinta
Detak detik nadi ini
Tanpa satu titik atau dua
Mengalunkan lagu-lagu nan sepi
Bolak balik resah dijiwa
Kabak-kabak irama jantung
Laksana gegar denting lonceng
Menyeru melaung nada rindu
Yang sewajibnya hanya milikMU
Lantas tercoret tulisan jiwa
Lahir dikolam hati bernama cinta
Cinta wajib yang tiada koma
Cinta fitrah yang kian berbunga
Andai dia takdirMU untukku
Persiapkanlah dia dengan ilmuMU
Peliharakanlah dia dengan rahmatMU
Biar nanti tika jiwa bersatu
Jiwanya bertasbih rindu padaMU
Hatinya bertahmid cinta padaMU
Tuesday, December 6, 2011
Enam Kelopak
Tersergam dari halaman rusuk kiri
Tak ternilai sudut mana dimensi
Tiada tertulis jawi dan rumi
Kerna engkau istimewa tiada ganti
Enam kelopak jadi simbolmu
Terbit dari tali pegangan jitu
Diisolasi dalam diri tanpa ragu
Pasak paksi sebati dengan ilmu
Genap yang ganjil tiada
Terpahat kemas dengan sempurna
Jadi rimbunan segar dijiwa
Terpancar seri dikolam mata
Syukur dan sujudlah dikau padaNya
Kerna anugerah enam kelopak dariNya
Moga ia kekal untuk selamanya
Walau linang dan limpah airmata
Terbuang jangan dipegang nyata
Tak ternilai sudut mana dimensi
Tiada tertulis jawi dan rumi
Kerna engkau istimewa tiada ganti
Enam kelopak jadi simbolmu
Terbit dari tali pegangan jitu
Diisolasi dalam diri tanpa ragu
Pasak paksi sebati dengan ilmu
Genap yang ganjil tiada
Terpahat kemas dengan sempurna
Jadi rimbunan segar dijiwa
Terpancar seri dikolam mata
Syukur dan sujudlah dikau padaNya
Kerna anugerah enam kelopak dariNya
Moga ia kekal untuk selamanya
Walau linang dan limpah airmata
Terbuang jangan dipegang nyata
Sunday, December 4, 2011
Senyuman Yang Pergi
Ku mula coretan dengan Bismillah
Kerana ku hanya insan yang lemah
Yang sering alpa silap dan salah
Dalam hayunan kaki melangkah
Kita sering melupakan
Pada segarit senyuman
Yang sering labuh dalam kehidupan
Kerna sangkaan ia kekalan
Sepanjang musim sepanjang zaman
Jagalah ia dengan jiwa
Hargai ia semasa hidupnya
Peganglah ia seeratnya
Kerana kita mungkin kehilangannya
Punca dari khilaf dan kata
Tiba masa ia hilang
Kita mencari bak legar helang
Sedang ia sudah berangkat pulang
Tinggal kita sendiri dan usang.
Kerana ku hanya insan yang lemah
Yang sering alpa silap dan salah
Dalam hayunan kaki melangkah
Kita sering melupakan
Pada segarit senyuman
Yang sering labuh dalam kehidupan
Kerna sangkaan ia kekalan
Sepanjang musim sepanjang zaman
Jagalah ia dengan jiwa
Hargai ia semasa hidupnya
Peganglah ia seeratnya
Kerana kita mungkin kehilangannya
Punca dari khilaf dan kata
Tiba masa ia hilang
Kita mencari bak legar helang
Sedang ia sudah berangkat pulang
Tinggal kita sendiri dan usang.
Thursday, November 24, 2011
Aku (Seadanya aku)
Kembara ku didunia
Hanya pentas sandiwara
Bersaksikan topeng-topeng mereka
Bersama tangisan kala amaia
Berjalan berdiri dan berlari
Atas paksi sendi bumi
Ku rebah dalam lopak mimpi
Yang kusangka mentari cuma pasir dikaki
Aku seadanya aku
Khilaf pada tingkah dan laku
Penuh noda dan dosa pada lingkup waktu
Moga tidak begitu sampai hujung nyawaku
Kubuka hati elak benci
Kubuka jiwa cari cinta
Syukur sujudku apa yang diberi
Moga hadapku padaMu tiada leka
Dimensi yang terkeji
Berkabut dalam ruangan itu
Sinar cahaya yang kucari
Kutemui Redha dan RahmatMu.
Hanya pentas sandiwara
Bersaksikan topeng-topeng mereka
Bersama tangisan kala amaia
Berjalan berdiri dan berlari
Atas paksi sendi bumi
Ku rebah dalam lopak mimpi
Yang kusangka mentari cuma pasir dikaki
Aku seadanya aku
Khilaf pada tingkah dan laku
Penuh noda dan dosa pada lingkup waktu
Moga tidak begitu sampai hujung nyawaku
Kubuka hati elak benci
Kubuka jiwa cari cinta
Syukur sujudku apa yang diberi
Moga hadapku padaMu tiada leka
Dimensi yang terkeji
Berkabut dalam ruangan itu
Sinar cahaya yang kucari
Kutemui Redha dan RahmatMu.
Sunday, November 20, 2011
Disebalik Kuntum Itu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku melihat bayanganmu
Seindah bintang-bintang dilangit
Sechantek biasan purnama
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku mengira kelopak-kelopak
Yang menjadi pegangan
Enam Rukun Imanmu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku memandang daun mahkota
Jadi penyeri sekuntum bunga
Mungkin juga pelindung dirimu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku kagum dengan ketabahanmu
Lemah gemalai setangkai sekuntum
Terpasak kukuh dibumi Allah
Jadi lambang teguh peribadi
Dalam lembut ada kerasmu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku berdoa padaMu
Moga dia terus disitu
Tabah dan cekal selalu
Kerna dia jua hambaMu
Kerna dia sekuntum ThulipBhiru.
Aku melihat bayanganmu
Seindah bintang-bintang dilangit
Sechantek biasan purnama
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku mengira kelopak-kelopak
Yang menjadi pegangan
Enam Rukun Imanmu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku memandang daun mahkota
Jadi penyeri sekuntum bunga
Mungkin juga pelindung dirimu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku kagum dengan ketabahanmu
Lemah gemalai setangkai sekuntum
Terpasak kukuh dibumi Allah
Jadi lambang teguh peribadi
Dalam lembut ada kerasmu
Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku berdoa padaMu
Moga dia terus disitu
Tabah dan cekal selalu
Kerna dia jua hambaMu
Kerna dia sekuntum ThulipBhiru.
Wednesday, October 26, 2011
Istighfar Jiwa
Istighfarku
Di atas dosa-dosaku
Yang menyaluti ruang qalbu
Yang sering menyasar perilaku
Istighfarku
Kerana mencari cintaMU
KasihMU yang kekal sedingin salju
Kerana kutahu
Nyawaku adalah maharku untukMU
Istighfarku
Bersama titis-titis dari mataku
Dalam mengharap ampun dan redhaMU
Tidak terhitung khilafku padaMU
Laksana titis hujan yang bersatu
Namun Engkau wahai kekasihku
Sentiasa menghulurkan rahmatMU
Membelakangi kemurkaanMU
Istighfarku
Ya Allah penciptaku
PadaMU yang satu
Cukuplah bagi diriku
Engkau sebagai waliku.
Di atas dosa-dosaku
Yang menyaluti ruang qalbu
Yang sering menyasar perilaku
Istighfarku
Kerana mencari cintaMU
KasihMU yang kekal sedingin salju
Kerana kutahu
Nyawaku adalah maharku untukMU
Istighfarku
Bersama titis-titis dari mataku
Dalam mengharap ampun dan redhaMU
Tidak terhitung khilafku padaMU
Laksana titis hujan yang bersatu
Namun Engkau wahai kekasihku
Sentiasa menghulurkan rahmatMU
Membelakangi kemurkaanMU
Istighfarku
Ya Allah penciptaku
PadaMU yang satu
Cukuplah bagi diriku
Engkau sebagai waliku.
Saturday, October 22, 2011
Lelah Hati
Detak-detak nadi
Bersama getar dengus
Semilir nafas
Mengiringi seketul hati
Yang kian lelah sinarnya
Hati yang makin tiada berjiwa
Seolah jasad tanpa roh
Seperti dunia tanpa birunya langit
Seperti Adam tanpa si Hawa
Galau kacau pedih perit
Menjadi santapan dan manisan
Menjerit tanpa suara
Meluah tanpa kata
Berbicara tanpa bahasa
Apabila sudah biasa
Bersimpang kata
Yang batil hakikatnya
Menjadi haq noktahnya.
Bersama getar dengus
Semilir nafas
Mengiringi seketul hati
Yang kian lelah sinarnya
Hati yang makin tiada berjiwa
Seolah jasad tanpa roh
Seperti dunia tanpa birunya langit
Seperti Adam tanpa si Hawa
Galau kacau pedih perit
Menjadi santapan dan manisan
Menjerit tanpa suara
Meluah tanpa kata
Berbicara tanpa bahasa
Apabila sudah biasa
Bersimpang kata
Yang batil hakikatnya
Menjadi haq noktahnya.
Bintangku
Bintangku
Kau bersinar
Di jagat raya
Penyeri dikala kelam
Memagari cahaya bulan
Bintangku
Mungkin cahayamu
Tidak segemerlap purnama
Namun sinarmu
Jadi panduan kiblatku
Bintangku
Kerdipmu umpama mata
Terus memandang dunia
Dalam susah dalam payah
Terus tabah menyinari
Duniaku yang kegelapan
Bintangku
Jangan kau hilang
Dikala amaia
Jangan pula kau
Berputus asa
Pada lelahnya malam dunia
Kau bersinar
Di jagat raya
Penyeri dikala kelam
Memagari cahaya bulan
Bintangku
Mungkin cahayamu
Tidak segemerlap purnama
Namun sinarmu
Jadi panduan kiblatku
Bintangku
Kerdipmu umpama mata
Terus memandang dunia
Dalam susah dalam payah
Terus tabah menyinari
Duniaku yang kegelapan
Bintangku
Jangan kau hilang
Dikala amaia
Jangan pula kau
Berputus asa
Pada lelahnya malam dunia
Wednesday, October 12, 2011
Doa Solat Istikharah
Aishah r.a menyebut, Rasulullah s.a.w mengajar doa istikharah sepertimana Baginda mengajar surah.
Aku beristikharah
Dengan ilmuMu
Memohon kudratMu
Engkau mengetahui
Aku tidak mengetahui
Engkau mengetahui segala yang ghaib
Ya Allah
Jika pada pengetahuanMu
Perkara yang akan aku buat ini
Baik untukku
Agamaku
Kehidupanku
Dan kesudahan urusanku
Takdirkanlah ia untukku
Mudahkanlah ia padaku
Dan berkatkanlah
Dan jika ia tidak baik untuk
Agamaku
Kehidupanku
Dan kesudahan urusanku
Palingkan ia dariku
Palingkan aku daripadanya
Dan datangkanlah kebaikan
Dari mana saja ia berada
Dan berkatilah aku
Monday, September 26, 2011
Kanak-kanak Perempuan
Kanak-kanak perempuan
Senyumanmu bak mekarnya bunga
Seolah tiada bahasa duka
Yang menghiasi kamar minda
Riak suci pada wajahnya
Diamlah dalam dakapan bonda
Kanak-kanak perempuan
Dikaulah permata ayah dan bonda
Menambah seri persis purnama
Membalik cahaya dilaut gelora
Penenang jiwa yang lara berduka
Kanak-kanak perempuan
Moga gemerlapmu tiada pudarnya
Seutuh waja pada agama
Selembut sutera didalam keluarga
Ku pohon pada Yang Khalik akan rahmatNya
Moga dikau menjadi kekasihNya
Kanak-kanak perempuan
Dengarlah pesan ibu dan bapa
Al-Quran dan Sunnah jangan dilupa
Tetapkanlah Rasul dilubuk jiwa
Peganglah agama dengan seeratnya
Sehingga kamu pulang padaNya
Kanak-kanak perempuan
Tiada bait tiada kata
Untuk ku ucap sebagai bicara
Hanya mampu kutitipkan sebingkis doa
Moga rahmatNya terus bersama
Buatmu yang indah bak Thulip dan purnama
Tuesday, September 13, 2011
Dihujung Garisan Itu
Dihujung garisan itu
Terdiam aku termanggu
Merintih didalam sendu
Mengharap sedikit belasMu
Dihujung garisan itu
Terdengar alunan kitab berlagu
Mungkin dari seorang Ibu
Atau dari para tamu
Yang hadir diruang waktu
Dihujung garisan itu
Tiada guna harta beribu
Yang ku kejar masa hidupku
Melainkan Kasih sayangMu
Dan keredhaanMu
Dihujung garisan itu
Aku pasrah padaMu
Kerana aku adalah hambaMu
Saturday, September 10, 2011
Warna Warna Dunia
Warna dunia yang pelbagai
Mencipta satu keindahan
Dan kita tenggelam dalam kenikmatan
Kesempurnaan ciptaan
Yang Maha Kuasa
Warna dunia yang pelbagai
Penuh dengan warna kegirangan
Juga kebahagiaan
Namun juga warna penderitaan
Hitam putih dan kelabu
suatu warna kehidupan
bagi sisi yang gelap
Merah biru hijau kuning
Lambang penantian
Dari sisi yang derita
Warna dunia yang pelbagai
Terpulang kita memandang
sudut mana ia mendatang
Tuesday, June 28, 2011
Senyum Dan Tangis Bidadari
Senyumlah
Wahai bidadari
Kerna wajahmu
Terlalu indah
Untuk kesan setitis airmata
Senyumlah
Wahai bidadari
Kerna seulas senyummu
Membahagiakan ku
Menangislah
Wahai bidadari
Kerna ingatan
Pada kealpaan
Kepada Penciptamu
Menangislah
Wahai bidadari
Kerna takut
Pada azab
Tuan Empunya Alam
Senyumlah
Wahai bidadari
Kerna kamu cukup indah
Menangislah
Wahai bidadari
Kerna kamu sekadar hamba-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)