Thursday, December 15, 2011

Cinta

Detak detik nadi ini
Tanpa satu titik atau dua
Mengalunkan lagu-lagu nan sepi
Bolak balik resah dijiwa

Kabak-kabak irama jantung
Laksana gegar denting lonceng
Menyeru melaung nada rindu
Yang sewajibnya hanya milikMU

Lantas tercoret tulisan jiwa
Lahir dikolam hati bernama cinta
Cinta wajib yang tiada koma
Cinta fitrah yang kian berbunga

Andai dia takdirMU untukku
Persiapkanlah dia dengan ilmuMU
Peliharakanlah dia dengan rahmatMU
Biar nanti tika jiwa bersatu
Jiwanya bertasbih rindu padaMU
Hatinya bertahmid cinta padaMU

Tuesday, December 6, 2011

Enam Kelopak

Tersergam dari halaman rusuk kiri
Tak ternilai sudut mana dimensi
Tiada tertulis jawi dan rumi
Kerna engkau istimewa tiada ganti

Enam kelopak jadi simbolmu
Terbit dari tali pegangan jitu
Diisolasi dalam diri tanpa ragu
Pasak paksi sebati dengan ilmu

Genap yang ganjil tiada
Terpahat kemas dengan sempurna
Jadi rimbunan segar dijiwa
Terpancar seri dikolam mata

Syukur dan sujudlah dikau padaNya
Kerna anugerah enam kelopak dariNya
Moga ia kekal untuk selamanya
Walau linang dan limpah airmata
Terbuang jangan dipegang nyata

Sunday, December 4, 2011

Senyuman Yang Pergi

Ku mula coretan dengan Bismillah
Kerana ku hanya insan yang lemah
Yang sering alpa silap dan salah
Dalam hayunan kaki melangkah

Kita sering melupakan
Pada segarit senyuman
Yang sering labuh dalam kehidupan
Kerna sangkaan ia kekalan
Sepanjang musim sepanjang zaman

Jagalah ia dengan jiwa
Hargai ia semasa hidupnya
Peganglah ia seeratnya
Kerana kita mungkin kehilangannya
Punca dari khilaf dan kata

Tiba masa ia hilang
Kita mencari bak legar helang
Sedang ia sudah berangkat pulang
Tinggal kita sendiri dan usang.

Thursday, November 24, 2011

Aku (Seadanya aku)

Kembara ku didunia
Hanya pentas sandiwara
Bersaksikan topeng-topeng mereka
Bersama tangisan kala amaia

Berjalan berdiri dan berlari
Atas paksi sendi bumi
Ku rebah dalam lopak mimpi
Yang kusangka mentari cuma pasir dikaki

Aku seadanya aku
Khilaf pada tingkah dan laku
Penuh noda dan dosa pada lingkup waktu
Moga tidak begitu sampai hujung nyawaku

Kubuka hati elak benci
Kubuka jiwa cari cinta
Syukur sujudku apa yang diberi
Moga hadapku padaMu tiada leka

Dimensi yang terkeji
Berkabut dalam ruangan itu
Sinar cahaya yang kucari
Kutemui Redha dan RahmatMu.

Sunday, November 20, 2011

Disebalik Kuntum Itu

Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku melihat bayanganmu
Seindah bintang-bintang dilangit
Sechantek biasan purnama

Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku mengira kelopak-kelopak
Yang menjadi pegangan
Enam Rukun Imanmu

Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku memandang daun mahkota
Jadi penyeri sekuntum bunga
Mungkin juga pelindung dirimu

Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku kagum dengan ketabahanmu
Lemah gemalai setangkai sekuntum
Terpasak kukuh dibumi Allah
Jadi lambang teguh peribadi
Dalam lembut ada kerasmu

Disebalik kuntum-kuntum itu
Aku berdoa padaMu
Moga dia terus disitu
Tabah dan cekal selalu
Kerna dia jua hambaMu
Kerna dia sekuntum ThulipBhiru.


Wednesday, October 26, 2011

Istighfar Jiwa

Istighfarku
Di atas dosa-dosaku
Yang menyaluti ruang qalbu
Yang sering menyasar perilaku

Istighfarku
Kerana mencari cintaMU
KasihMU yang kekal sedingin salju
Kerana kutahu
Nyawaku adalah maharku untukMU

Istighfarku
Bersama titis-titis dari mataku
Dalam mengharap ampun dan redhaMU
Tidak terhitung khilafku padaMU
Laksana titis hujan yang bersatu
Namun Engkau wahai kekasihku
Sentiasa menghulurkan rahmatMU
Membelakangi kemurkaanMU

Istighfarku
Ya Allah penciptaku
PadaMU yang satu
Cukuplah bagi diriku
Engkau sebagai waliku.

Saturday, October 22, 2011

Lelah Hati

Detak-detak nadi
Bersama getar dengus
Semilir nafas
Mengiringi seketul hati
Yang kian lelah sinarnya

Hati yang makin tiada berjiwa
Seolah jasad tanpa roh
Seperti dunia tanpa birunya langit
Seperti Adam tanpa si Hawa

Galau kacau pedih perit
Menjadi santapan dan manisan
Menjerit tanpa suara
Meluah tanpa kata
Berbicara tanpa bahasa

Apabila sudah biasa
Bersimpang kata
Yang batil hakikatnya
Menjadi haq noktahnya.